Sunday, May 3, 2009

Jungle Places Negeri Sembilan

Jungle Places Negeri Sembilan

a guide ..some instructions in Malay..


Gunung Datuk.
Is a favourite place for nature lovers and adventure seekers.

It take you 2-3 hours to the peak of 880 metres above the sea level in such a short time, you can expect that the route should actually quite steep. Made sure you are physically and mentally prepared for the challenging climb.
The summit is really on top of huge granite rock. The peak offers a splendid full 360 degree spectacular and impressive display of panaroma view of the entire state. You can see the all Seremban town and even Straits of Mallacca on a clear good day.

The trail is clear and straightforward all the way to the peak. No muddy ground, tall trees and bushy. The first 10 minutes are relatively gentle and easier hike.You will across a small stream (actually is a low terrain with some water) which you can walk across without getting wet. After this, my advice to the hiker (especially those who like to do hiking photography) take your time and take a very very deep breath before you continue your journey. The following path will be 70 - 80 degrees hike for the journey of one and half hours. It was really physically and mentally tiring and torture. It really deliberately causing severe muscle pain to keep continue on the trail, some more with the heavy camera gear (So you must be fit!).

You will reach a platform where there are a 2 small broken hut. Fill yourself will enough water and energy bar there. Get some nice group photos over here. Cheer for youself that you manage to overcome the 70 - 80 degrees trail. For the next half an hour path will be 30 - 40 degrees upslope. The trail quite enjoyable, cool and relaxing. There are some area that you need a team work to get up. Try and some as much as you can over the hiking action, team work pictures.

Another half and hour, after a big rock wall, you will reach a plain, a little lower than the summit. This is a place for hiker to camp there. After this will the final part - two storeys high rock wall before the summit!!! A metal rusty ladder with a rope and that was how all the hiker climb up with careful handheld and footware to the summit. It is ... HAHA!!! i think i have to end the story here, because i didn't go up to the peak. Because it is too horrible for me (such a big size like me).

Getting There & Away:
It is easily accessible from North-South Highway. Take exit "Pedas/Linggi", turn left immediate after the toll towards Tampin on the trunk road. Follow the signboard "Gunung Datuk" Go all the way to round-a-bout and take 12 o'clock exit to Pedas town. Countinue along the road until you come to the traffic lights at the end of the road. Take a right turn. Keep going forward and you will notice a Gunung Datuk signboard. Take the left turn and move on for 4KM. Keep on eye on your left, there will be a junction to the left. Turn left and yopu will passby a rubber estate. Go until you reach a "Y" junction and turn left. Follow the way and you will see a big "KERIS". Here you are the Gunung Datuk.

Fees:
Treking and camping fee is RM3.00 per person

JELEBU.....Jeram Gading.





Dipercayai gading gajah yang banyak ditemui di situ pada suatu ketika dahulu, memberikan ilham penciptaan namanya. Sekali imbas, anda tentu tergiur berkayak merempuh air deras jeram ini yang mencurah tanpa putus dan membuak memuntahkan buih-buih bertindihan sama sendiri, yang kemudiannya terapung kendur melepasi lubuk dan menghilang di tengah kolam. Terletak dalam Mukim Kenaboi, jaraknya kira-kira 23 km dari bandar Kuala Klawang. Memandu ke sini, anda akan melalui jalan yang disempadani pohonan rendang, yang sebahagiannya ialah dusun buah-buahan milik penduduk kampung. Antaranya kemudahan yang tersedia di kawasan jeram ini termasuk kabin kayu berkembar, tempat letak kereta dan tandas awam. Jeram Toi.Daya tarikannya ialah air terjun bertingkat tujuh yang mengalir deras dan terjahan air menderu yang menerkam bongkah batu-batan yang mendindingi. Lokasinya kiri-kira 40 minit memandu dari bandar Seremban, hutan lipur yang merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Berembun ini mudah dikunjungi kerana letaknya di tepi jalan utama utama ke Bandar Kuala Klawang. Pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta, tandas dan pondok memberikan keselesaan kepada para pengunjung melakukan kegiatan riadah.Jeram ini mempunyai ceritanya yang tersendiri. Asal namanya dikatakan diambil sempena To' Batin Toi, seorang ketua puak orang asli yang menghuni di hutan ini suatu waktu dahulu. Atas kebijaksanaannya, To' Batin Toi berjaya mengalahkan sekumpulan orang Rawa dari Sumatera Utara yang datang menyerang Jelebu. Musuhnya itu tidak terdaya melawan kerana mabuk dan pengsan akibat termakan buah perah dimasak mentah yang dijamu oleh To' Batin Toi.Lata Kijang.Untuk sampai ke Lata Kijang, perjalanan dari Kuala Klawang memakan masa hampir dua jam. Terletak di pedalaman hutan jelebu, anda hanya boleh kembara menggunakan kenderaan pacuan empat roda, dan terpaksa meredah jalan balak yang sempit, licin dan berliku. Dalam pengembaraan anda ke situ, anda akan temui perkampungan orang asli. Sekiranya anda ramah, boleh sahaja mengikuti mereka memburu burung dan tupai menggunakan sumpit.Pengembaraan ke Lata Kijang ada kalanya begitu mencabar kemahiran dan keberanian, kerana anda terpaksa memandu melalui titi balak yang tidak stabil dan berbahaya. Ketika berjalan kaki menyambung pengembaraan, hayati siulan burung yang bercampur-baur jeritan unggas, dan saksikan pelbagai tumbuhan herba, orkid, palma dan paku-pakis yang menghuni rimba liar ini. Treaking hampir satu jam, meredah denai dan menuruni bukit yang curam, akhirnya anda akan menemui suatu kepuasan yang tidak terhingga berhadapan dengan air tejun yang menderu, menerjah deras setinggi hampir 300 kaki! Bermandi-manda dalam takungan air yang sejuk dikepungi batu-batan berselerak, dan merasai keseronokan disimbah keras airnya yang terjun tanpa henti, akan membuatkan anda melupai segala jerih-payah kembara. Idealnya, pasanglah khemah dan bermalam di sini, barulah anda benar-benar dapat menikmati kepuasannya.


Jempol



Kuala pilah

Hutan Rekriasi Ulu Bendul terletak di Kg.Ulu Bendul yang merupakan laluan utama Kuala Pilah – Seremban


Hutan Lipur Gua Batu Maloi, Johol
Sebuah kawasan rekreasi dan memiliki sebuah gua yang boleh dijelajahi melalui jalan sungai ketika cuaca baik (tidak hujan). Sesuai untuk tujuan aktiviti kecergasan, riadah samada berkumpulan atau berkeluarga. Kemudahan yang disediakan adalah seperti tapak perkhemahan, tempat mandi, tandas awam, surau, trek kembara hutan, balai syarahan Jabatan Hutan, gerai makanan serta seumpamanya. Dikawalselia olehy Jabatan Hutan Daerah N. Sembilan Timur.

Hutan Lipur Batu Maloi
terletak di Hutan Simpan Gunung Tampin yang terdiri jenis Hutan Dipterokarp Pamah yang kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna. Keunikan disini terdapatnya Gua yang terbentuk di bawah bongkahan-bongkahan batu-batan yang besar di sepanjang 1km diberi nama Gua Batu Maloi.
Terdapat sebatang yang dikenali sebagai Sungai Johol yang mengalir di kawasan ini sesuai sebagai tempat aktiviti berkelah, mandi-manda dan beristirahat. Beberapa kemudahan seperti pondok rehat dan tapak perkhemahan.
Terletak 8 km dari Pekan Johol melalui Jalanraya Tampin ke Kuala Pilah,68 km dari Bandar Seremban.
Bagi anda yang gemar kepada aktiviti lasak, batu-batan yang membentuk tebing tinggi dan curam bersedia menanti cabaran anda.Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Tampin.

Hutan Lipur Jeram Papan, Johol
Kawasan ini terletak dilaluan utama Johol ke Rembau dan berhampiran sempadan Daerah Kuala Pilah – Rembau. Kawasan ini dikelilingi tanah tinggi dan pelbagai hidupan liar, flora dan fauna. Sesuai untuk aktiviti santai dan mandi manda dengan suasana yang nyaman dan segar seta desiran air terjun dan kicauan unggas rimba. Kawasan ini mat sesuai untuk pengunjung yang ingin mencari ketenangan dari hiruk pikuk kota. Air sungai akan menjadi jernih ketika cuaca baik. Antara kemudahan yang disediakan adalah pondok rehat, surau / pentas sementara, tandas awam, tempat mandi semulajadi dan lain-lain.



Hutan Lipur De Bana
terletak di Hutan Simpan Pasoh yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan lipur ini diberi nama Hutan Lipur De Bana, bersempena nama sungai yang mengalir di tengah-tengah hutan lipur ini. Keistemewaan hutan lipur ini ialah terdapatnya pelbagai tumbuhan termasuk orkid liar, pokok-pokok herba seperti Tongkat Ali dan Kacip Fatimah. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di sini seperti berkelah, memanjat bukit, merentas denai, berkhemah serta bersiar-siar.



Beberapa kemudahan seperti pondok rehat dan denai hutan disediakan bagi memudahkan para pengunjung menikmati alam persekitaran semulajadi yang nyaman.
Lokasi: Serting, N.Sembilan



Terletak 18 km dari Pekan Serting melalui Jalanraya Bahau ke Serting,96 km dari Bandar Seremban.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Serting.



Hutan Lipur Lata Kijang
terletak dalam Hutan Simpan Kenaboi dan adalah jenis Hutan Dipterokarp Bukit pada paras antara 400 dan 500 meter a.p.l. Keunikan hutan lipur ini ialah terdapat air terjun yang melimpah dari Sungai Kering iaitu anak Sungai Kenaboi yang menerjah turun melalui tebing-tebing tinggi yang berbatu licin setinggi 80 meter. Terdapat juga beberapa buah gua di sekeliling gunung ini seperti Gua Semong dan Gua Harimau. Hutan lipur ini kaya dengan pelbagai tumbuhan seperti orkid-orkid liar, tumbuhan herba, paku-pakis dan palma.

Selain daripada itu terdapat denai-denai dan laluan-laluan curam di sekeliling air terjun yang sesuai bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak. Di sepanjang perjalanan, pengunjung boleh meninjau perkampungan Orang Asli yang masih mengekalkan tradisi dan budaya hidup mereka. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di hutan lipur ini seperti berkelah, berkhemah, mandi-manda dan bersiar-siar.
Lokasi: Jelebu/K.Kelawang, N.Sembilan
Terletak 63 km dari Jelebu/Kuala Klawang, melalui Jalanraya Kuala Klawang - Seremban, 100 km dari Bandar Seremban.
Melalui Hutan Lipur Lata Kijang ini, terdapat satu denai hutan untuk mendaki puncak Gunung Besar Hantu setinggi 1462 meter iaitu gunung yang tertinggi di Negeri Sembilan.



Hutan Lipur Gallah
terletak di Hutan Simpan Galla yang terdiri dari jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan lipur Gallah ini mempunyai pelbagai jenis pokok eksotik yang menjanjikan suasana aman serta damai. Hutan lipur yang menyediakan prasarana seperti taman permainan kanak-kanak, pondok rehat dan tapak perkhemahan ini, memberi keselesaan kepada pengunjung terutaman pengguna-pengguna jalanraya dari Seremban-Mantin ke Kuala Lumpur untuk beristirahat.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Mantin atau Bandar Seremban.
Lokasi: Mantin, N.Sembilan
Terletak 3 km dari Pekan Mantin melalui Jalanraya Mantin ke Seremban, 12 km dari Bandar Seremban.

Hutan Lipur Ulu Bendul
terletak di Hutan Simpan Angsi yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Daya tarikan hutan lipur ini ialah terdapatnya Gunung Angsi yang merupakan sebahagian dari Banjaran Titiwangsa dengan ketinggian 825 meter. Untuk sampai ke puncak, pengunjung boleh memulakan pendakian melalui hutan lipur ini dengan menyusuri Sungai Batang Terachi. Hutan lipur ini sesuai untuk aktiviti lasak, berkelah, berkhemah atau bersiar-siar.
Sungai yang mengalir di tengah-tengah hutan lipur dan pembentukan batu-batan yang bertindak sebagai benteng dan landskap semulajadi di sepanjang sungai menjadikan hutan lipur ini satu kawasan yang unik untuk dikunjungi dan bermandi-manda. Pelbagai kemudahan yang serba lengkap seperti kawasan perkhemahan, chalet dan lain-lain prasarana menjadikan hutan lipur ini salah satu destinasi pelancongan eko utama di Negeri Sembilan.
Lokasi: K.Pilah, N.Sembilan
Terletak 20km dari Pekan Kuala Pilah melalui Jalanraya Kuala Pilah ke Seremban, 20 Km dari Bandar Seremban.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Bandar Seremban.



Hutan Lipur Pasir Panjang
terletak di Hutan Simpan Pasir Panjang dan adalah satu-satunya hutan lipur di Negeri Sembilan yang berada di persisiran pantai menghadap Selat Melaka. Jenis hutan ini adalah dari Hutan Bukit Pantai yang ditumbuhi dengan komposisi utama dari jenis Balau laut(Shorea glauca) dan Meranti seraya(Shorea curtisii) menjadikan hutan lipur ini sungguh unik dan menarik untuk dikunjungi.



Beberapa kemudahan yang disediakan seperti pondok rehat, tapak perkhemahan dan denai hutan. Bagi yang minat memancing, jeti disediakan untuk aktiviti ini.
Lokasi: P.Dickson, N.Sembilan
Terletak 16 km dari Pekan Port Dickson melalui Jalanraya dari Port Dickson ke Pasir Panjang,54 km dari Bandar Seremban.

1 comment:

yam^Artfingers^ said...

Hi Kevin. thank for dropping by my blog.

You mean Batang Kali is it. its further up than Ulu Yam. Almost reaching Genting. But really am sorry coz I'm bad at giving direction unless I was the one who was driving. It was my fiance who drove both times we went there .

But I believe they have ample signage to guide you. Good luck. Btw, the fishes are small. Maybe can goreng with flour like tempura.

Yamartfingers

fish logic

fish logic

SECTION 1

SECTION 1
PEOPLE ,MANAGEMENT AND POLICY